Saturday, November 1, 2008







KAWAN ATAU LAWAN?????

Hai semua!persahabatan merupakan ikatan murni.bagi saya kawan2 merupakan tempat meluahkan perasaan selain daripada keluarga kita sendiri.saya cukup bertuah kerana dikuniakan kawan-kawan cukup memahami dan sering membantu sekiranya saya dalam kesusahan.tapi tak semua dalam persahabatan itu sempurna…salah-faham,cemburu,hasad-dengki mesti ada walaupun sedikit..namun kita perlu jadikan ia semua sebagai asam garam kehidupan..kadang2 kita rasa dialah sahabat sejati kita..namun yang terjadi sebaliknya..kata-kata yang lebih tepat “kawan makan kawan”


JADI KAWAN@LAWAN

Kadang-kadang kita boleh jadi keliru sebab kita nak cuba bertarung atau dilihat hebat dalam sesuatu perkara.sampai kita sanggup meninggalkan persahabatan.namun,biasalah tu,pengaruh rakan-rakan sebaya.tak kisahlah dengan kita berkawan pun..yang paling penting kita gembira,tak menimbulkan masalah dan ibubapa menyukai kawan2 kita..

Jom kita tengok..kawan bila..?? lawan bila..??

kawan bila
Dia sentiasa ada menyokong dan menerima kamu seadanya
Lawan bila
Kamu berusaha sedaya upaya untuk memenangi hatinya agar dapat menjadi rakannya sampai kamu terpaksa berubah

Kawan bila
Dia sentiasa memberi kamu perangsang dan semangat
Lawan bila
Dia sentiasa memperlekahkan kamu buat kamu rasa rendah diri

Kawan bila
Dia sentiasa berada disisi kamu ketika susah& senang.bila sedih ,call saja pasti dia akan menenangkan kamu
Lawan bila
Dia macam biskut kejap ada,kejap tak ada,hilang bila kamu paling perlukannya..terpaksalah menangis seorang diri

Kawan bila
Kamu berjaya kerana kamu cemerlang dalam akademik,sukan..semua atas dorongannya semua.
Lawan bila
Kamu sentiasa ditimpa masalah kerananya kamu terjebak dalam pengaruh kurang sihat seperti hisap rokok dan macam-macam lagi.

Sekarang..tengoklah kategori kawan2 korang semua samaada diorang ni betul2 kawan atau lawan..korang “fikir la sendiri”

for all my friends thank to be my friend especialy ana,ayu,nira & my old friends..

No comments: